Monday, May 11, 2009

Aktiviti dan Tugasan

Minggu Pertama

1) Murid memberikan definasi mengenai kesihatan diri melalui pemakanan yang seimbang.
Murid membentuk kumpulan berdasarkan arahan daripada guru (6 orang untuk satu kumpulan).
Setiap kumpulan diberikan tugasan untuk disiapkan dan dibentangkan pada minggu seterusnya. Kumpulan
1.Menyenaraikan dan menamakan contoh-contoh makanan seimbang,
2. Menyenaraikan jenis-jenis makanan yang mengandungi protien,
3. Menyenaraikan jenis-jenis makanan yang mengandungi karbohidrat, kumpulan 4; mengumpulkan maklumat mengenai aktiviti-aktiviti sukan yang ada.
Murid mencari contoh laman web untuk rujukan.

Minggu Kedua

Setiap kumpulan membuat pembentangan masing-masing dengan menggunakan power point yang dihasilkan.
Setiap pembentangan yang dijalankan akan dinilai oleh guru.
Murid memberi komen atau kesimpulan tentang pembentangan.
Setelah pembentangan selesai murid diarahkan untuk memberikan idea dan maklumat berkenaan tajuk masing-masing.
Guru memberikan contoh-contoh buku yang boleh dibaca untuk akses kendiri dan untuk sesi pengajaran pada minggu seterusnya.

Senarai Buku Rujukan:

Buku Teks: Buku Teks Bahasa Melayu Darjah 5 Majalah


Abd. Aziz Abd Talib. 2000. Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan. KL: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd


Abdul Sukor, Shaari, Prof. Madya Dr. Noraini Yusoff. Mohd Isha Awang. 1993. Bahasa Melayu Komunikasi. Bentong: PTS Publications & Distributor Sdn Bhd.
Dahlia Janan, Husna Faredza, Mohamad Redzwan, Khairul Azam Bahari, Mohd Ra’in, Shaari, Zulkifli, Osman. 2004. Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu. Tafsiran Sukatan Pelajaran Baharu. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.


Jamilayah Ahmad. 1999. Panduan Pengajaran Pemulihan Bahasa Melayu KBSR dan KBSM. KL: Fajar Bakti

John Randosph. 1982. Championship Track and Field. N.Y: Leisure Press

Kamaruddin Hj. Husin, Siti Hajar bt. Abdul Aziz.1996. Permainan Bahasa ( Untuk Sekolah Rendah dan Menengah) Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mohd Salleh Aman. 2005. Asas Pengurusan Sukan. KL Universiti Malaya

Mohd Salleh Aman. 2006. Asas Pengurusan Sukan dan Aplikasinya di Malaysia. KL Universiti Malaya

Prof. Abdullah Hassan.2004. Tatabahasa Bahasa Melayu Marfologi Dan Sintaksis Untuk Guru dan Pelajar. Bentong : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

Prof. Muhamamd Haji Salleh, Baharuddin Zainal, Prof. Mohd Taib Osman, Dr. Ali Ahmad, Shahnon Ahmad, Drs. A. Bakar Hamid. Prof. Llyod Fernando, Prof Awang Had Salleh.1980. Penulisan Kreatif ( Kumpulan Esei Ceramah).KL Dewan Bahasa dan Pustaka

Roselan Baki.2003. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. KL: Karisma Publications Sdn. Bhd

Shaharuddin Abdul Aziz. 2001. Mengaplikasi Teori Psikologi Dalam Sukan.KL: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Vasudevan T. Arosoo.1989. Olahraga Teknik dan Kemahiran. KL: Fajar Bakti Sdn. Bhd

Vasudevan T. Arosoo.1993. Olahraga Acara Balapan. KL: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Vasudevan T. Arosoo.1993. Olahraga Acara Padang. KL: Fajar Bakti Sdn. Bhd

Minggu Ketiga

1) Dalam kumpulan yang sama seperti minggu sebelumya setiap kumpulan perlu menunjukkan bahan yang diperolehi dan menunjukkan kepada kumpulan lain.
Setiap kumpulan diminta berbincang dan berkongsi maklumat tentang hasil yang diperolehi.
Selepas itu guru menunjukkan cara untuk menghasilkan penerbitan meja menggunakan perisian komputer.
Murid menghasilkan brosur mengikut kreativiti sendiri berpandukan arahan yang telah diberikan oleh guru.
Murid-murid mencari idea kretiviti bagi menghasilkan pantun mengenai kesihatan.

Minggu Keempat

Murid membuat persembahan pantun yang telah dicipta pada minggu ketiga mengikut kumpulan masing-masing bertemakan kesihatan.
Seramai 5 orang murid (setiap kumpulan seorang) dipilih untuk menjadi penilai bagi memilih pendeklamasi terbaik melalui borang penilaian.
Murid mempamerkan hasil daripada buku skrap untuk tatapan umum.
Seorang wakil dari kumpulan masing-masing membuat refleksi secara lisan bagi keseluruhan projek yang dijalankan.

Saturday, May 9, 2009

makanan dan kesihatan

Apa Itu Makanan Seimbang ?
Dalam kehidupan seharian, kita sering dihidangkan dengan pelbagai jenis masakan dan juadah mengikut citarasa masing-masing. Walau bagaimanapun, berapa ramai dikalangan kita menitik beratkan mengenai keperluan makanan untuk tenaga yang secukupnya sepanjang hari ? Secara umumnya kaedah pemakanan yang seimbang adalah pemakanan yang menitikberatkan soal khasiat dan nutrien yang terkandung dalam sesuatu hidangan. Makanlah Untuk Kesihatan ...






Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang perlu mempunyai karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam galian, dan serat dalam kadar yang betul. Ini dapat diperolehi dari buah, sayuran, daging, ikan, susu, bijiran dan lain-lain.

Nutrien

Karbohidrat
Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya.

Protein

Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada binatang. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.

Lemak

Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel


Galian

Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.

Vitamin

Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh.

Serat
Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.

Rujukan

The role of vitamins & minerals
Sources of fiber
Dietary Supplements Labels Database

Friday, May 8, 2009

rakyat cergas negara sihat

Secara ringkas, sukan merupakan daripada aktiviti fizikal yang dilakukan dengan pelbagai tujuan: sama ada untuk pertandingan, keseronokan, menambahkan kemahiran, meningkatkan kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu.

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.

Terdapat pelbagai jenis sukan, dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang, dan keinginan manusia sama ada sebagai peserta atau pun sebagai penonton.

Takrifan sukan

Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat khabar, dan televisyen diberikan kepada sukan. sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan.
Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaan umum istilah tersebut. Sukan ialah aktiviti yang mengandungi:

Latihan kemahiran berguna secara rekreasi.
Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.
Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah kemampuan untuk mengatasi tanda ukuran (benchmarks) terdahulu, catatan masa, rekod dunia, dan sebagainya.
Contoh-contoh kemahiran yang bertukar kepada sukan ialah:
Gladiator di Rom berjuang dan berbunuhan untuk penonton dan bukannya untuk melindungi empayar Rom.
Berlayar menjadi salah satu sukan air dan bukannya sebagai pengangkutan dan sebagainya.
Berlari dilakukan untuk panjang dan tempoh masa tertentu, dan bukannya untuk aktiviti-aktiviti seperti mengejar bas dan sebagainya

Sukan fizikal menggunakan sifat sifat seperti kekuatan, stamina, kelajuan, dan beberapa kemahiran lain manakala sukan-sukan lain contohnya iaitu sukan akal menggunakan kemahiran berfikir seperti pemikiran strategik dalam catur. Walaubagaimanapun, rencana ini akan menumpukan perhatian kepada aspek fizikal sesuatu sukan.

Perbezaan antara sukan, permainan, dan latihan. Aktiviti itu dikira sukan jika melibatkan peserta yang berkemahiran. Permainan pula tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah kepada sukan. Latihan pula ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan seseorang dalam aktiviti sukan.

Sejarah sukan

Sejarah pembangunan sukan boleh mengajar kita mengenai perubahan sosial yang berlaku dan sifat sukan tersebut. Untuk itu, kita akan kembali ke masa lampau sehingga zaman pra sejarah untuk mengkaji sukan dan manusia.